Sunday, March 15, 2009

PERJALANAN PERTAMA KE LUAR NEGARA

CATATAN PERJALANAN
(OLEH: SAMSA HARRIS)

Perjalanan pertamaku ke luar negara ialah pada 5 Mei, Tahun 1996. Aku meninggalkan rumah jam 8.30 pagi. Aku bersarapan dengan keluarga di Kampung Baharu, lalu singgah sebentar di Yaohan The Mall (sebuah kompleks membeli-belah), untuk menukar duit Peso sebagai bekalan di Filipina nanti.

Di lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Kuala Lumpur, aku masuk ke bilik menunggu jam 12.56 tengah hari. Kemudian baru kuketahui, temanku Mohd. Salim Taufik Rashidi datang ke lapangan terbang tetapi aku telah berada di dalam. Aku ke Gate 11, tetapi ditukar ke Gate 8. Kebanyakan yang bersamaku untuk terbang ke Manila orang Filipino dan Cina. Wajah Filipino saling tak tumpah wajah orang Malaysia, tetapi aku dapat mengagak mereka Filipino daripada gaya dan telor percakapannya.. Memang sukar dibezakan jika dilihat sekali pandang. Mungkin mereka menyangka aku Filipino. Tepat sekali sangkaanku kerana semasa di di dalam kapal terbang ”Phillippines Airlines” penerbangan PR0508, seorang nenek menegurku dalam bahasa Inggeris yang fasih, menyangkaku Filipino.

Nenek itu rupanya seorang guru sekokah rendah berumur 63 tahun dari Batangas, yang akan bersara dua tahun lagi, punya sarjana dan sempat memuji Malaysia yang aman, makmur dan harmoni. Beliau ialah Madam Emereciana Sario yang datang ke Malaysia mengunjungi anaknya yang bertugas sebagai jurutera di sebuah syarikat binaan dan tinggal di Cheras, Kuala Lumpur.

Kami tiba di Lapangan Terbang Ninoy Aquino, Manila tepat jam 4.30 petang. Aku sangat terkejut apabila kedatanganku disambut oleh sekumpulan jurugambar dan wartawan yang berpusu-pusu mengerumuni aku sambil mengambil gambarku dari pelbagai sudut. Aku tergamam bercampur bimbang, tetapi seronok pun ada, kalau beginilah mereka menyambut orang Malaysia, hebat ni!Adalah dalam tiga empat minit aku macam bintang filem/pembesar negara, sambil bersalaman dengan pegawai-pegawai lengkap berkot.. Rupanya mereka salah orang kerana menyangka aku ketua rombongan daripada World Bank, yang mana mereka agak jauh di belakangku. Satu pengalaman paling menarik pertama kali menjejakkan kaki di Manila. Akhirnya mereka sedar apabila salah seorang daripada mereka menggeleng-gelengkan kepala dan bercakap-cakap sesama mereka sendiri dan akhirnya ketawa beramai-ramai kerana kesilapan mereka, sambil melambai-lambaikan tangan mereka. Aku sebenarnya tergamam bercampur bimbang.

Mujurlah mereka hanya wartawan dan jurugambar akhbar, apa kata kalau aku salah seorang daripada sasaran oleh pelampau/pengganas yang mahu menembak seseorang. Boleh berkecai kepala. Kemudian baru aku sedari kawalan di dalam kawasan lapangan terbang Ninoy Aquino begitu ketat, bukan sebarangan orang dibenarkan masuk kecuali pegawai dengan kebenaran khas dan penumpang sahaja dibenarkan masuk dan berada di dalamnya. Aku berasa lega dengan keadaan itu. Tetapi di luar lapangan terbang belum tahu lagi.

Aku disambut oleh seorang lelaki bertubuh kecil pendek tetapi lincah yang mengenalkan diri sebagai OG, itupun setelah aku menegur secara rambang terlebih dahulu. Bertuah punya OG, hendak menguji aku agaknya kerana beliau menyorokkan sepanduk peserta SEAMEO Innotech, ataupun beliau malu membawa sepanduk itu secara terang-terangan.

Katanya, kami terpaksa menunggu agak lama kerana kenderaan yang sepatutnya menjemput aku baru sahaja meninggalkan lapangan terbang membawa peserta dari Indonesia, yang kemudian aku kenali sebagai Dr. Susanto, teman sebilikku di ”International House” Innotech. Lapangan terbang Ninoy Aquino tidaklah sebesar dan sehebat Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Semasa menunggu ketibaan seorang peserta dari Thailand dan menunggu kenderaan, aku berkawan dengan nyamuk yang banyak berterbangan di kawasan luar lapangan terbang. Mungkin nyamuk yang dibela khas untuk menghisap darah orang yang pertama kali tiba di kota Manila. Aku berbual-bual dengan OG, katanya esok 6 Mei 1996 ialah hari membuang undi pemilihan pemimpin remaja berumur 18 hingga 21 tahun seluruh Filipina dan merupakan hari kelepasan am. Namun begitu, esok juga akan disempurnakan acara pembukaan kursus kami ” Two-Weeks Course on Development of Productive Thinking.

Dua minggu berkursus di SEAMEO Innotech, Quezon City, Filipina mencatatkan sejarah tersendiri dalam kerjayaku sebagaI pendidik. Makanan halal sukar diperoleh di sini. Apa yang kami dari Indonesia, Malaysia dan Brunei ialah memasak nasi dan lauk dalam “rice cooker”yang kubawa dari Malaysia, pada waktu rehat tengah hari dan waktu malam, apa lagi goreng ikan, masak sardin(buatan Malaysia) dan ikan bilis d dalam “rice cooker” Kami juga sempat membuat kenduri makanan halal dengan menyembelih ayam secara sembunyi-sembunyi untuk menjamu semua peserta kursus dan pensyarah kami. Akulah yang menjadi tukang sembelih ayam. Kebetulan di kantin itu, ada pekerjanya beragama Islam, beliaulah yang sama-sama "mengerjakan" ayam untuk digoreng dan masak kari. Meriah juga majlis kami malam itu. Kenangan manis di Quezon City ialah bersolat Jumaat, di University of Phillipines di seberang jalan tempat kami berkursus. Di sini yang seronoknya ialah untuk menyeberangi lebuh raya enam lorong, terpaksa mengangkat tangan tinggi supaya kenderaan memperlahankan kelajuannya. Juga paling menyeronokkan ialah menaiki kenderaan yang dipanggil "jeepney", yang mana kita menghulurkan duit kepada pemandu kenderaan melalui penumpang di hadapan kita, kalau di Malaysia tak tentu sampai kepada pemandunya! Itulah nilai baik yang terlihat menjadi budaya "mempercayai" orang lain, walaupun sebilangan besar remaja perempuannya terjebak dalam gejala sosial seperti pelacuran tetapi masih ada nilai murni yang diamalkan. Terima kasih Filipina yang "mengajarku" sedikit pengalaman dalam hidup.

Catatan kedua perjalanan: United Kingdom, France, Holland, Belgium akan menyusul.



-TAMAT-

Saya mengesahkan bahawa karya ini adalah karya asli saya sendiri. Terima kasih.

CATATAN PERJALANAN:

OLEH: SAMSA HARRIS (SAHAR BIN MISRON)
K.P: 590503015793
SMK Lajau, Peti Surat 81514,
87025 W.P Labuan

Tel: 012-9128609

Wednesday, March 11, 2009

SAJAK SAMSA HARRIS

SINAR GEMILANG KEJAYAAN MILIK KITA

Untuk kesekian kalinya
Setitis air mata gembira menitis tanpa sendu
Dari rasa terharu
Ketika impian memasang harapan cepat berlalu
Menjadi butiran kejayaan
Melihat lebar senyuman rakan-rakan
Menyambut pahlawan pulang
Melihat betapa ceria anak-anak lajau tercinta
Mengoyak perlahan slip di tangan
Ah! Gembiranya kalian.

Aku percaya ini anugerah Ilahi
Yang memang sukar dimengerti
Ketika saban pagi
Mengapung tangan berdoa
Keselamatan, kejayaan, kecemerlangan
Anak-anak tercinta
Di bumi merdeka
Ketika saban pagi Jumaat yang hening
Pada basah bacaan Yassin
Seluruh warga
Yang dahaga
Mohon perlindungan musibah
Tak diundang
Kejayaan yang mendatang.

Terima kasih teman-teman
Yang setianya di sini
Terus kita gerakkan
Seluruh tumpuan fikir dari akal kental
Menjulang peribadi secebis kejayaan mekar
Menjadi terbaik
Sepenuh komitmen
Mengumpul kekuatan seluruh warga.

Sejenak kita merenung diri
Mengaminkan doa pagi
Menghitung sederap syukur memberi
Kepuasan terisi
Meresap ke dalam diri.



SAMSA HARRIS
SMK Lajau 10 Mac 2008

Monday, March 9, 2009

SAJAK-SAJAK SAMSA HARRIS

KETIKA MENYUSUR PANTAI BERPASIR INI

Ketika menyusur pasir pantai
yang tercemar sisa buangan hitam pekat
dari saluran hotel lima bintang lalu kukutip kaca peca di pasir
pasti pedihnya terasa jika terpijak tapak pengunjung atau
tapak halus sikecil yang akan hilang wajah cerianya
apabila darah mengair sepantas titisan ai mata di pipi
siayah siibu resah di unit kecemasan sebuah hopital tepi pantai.

Ah! di sana sini tin minuman bergas dan tin bir kosong
melihat perempuan-perempuan separuh telanjang
menampakkan susur susunya menggunung
alur seluarnya tampak bayang
di pantai lalu menyusur ke kolam airnya biru jernih
bagai anak-anak kecil entah di mana malunya
meskipun berpuluh pasang mata memandang
terang tak selindung
siapakah mereka kalau bukan
pelancong dalam dan luar negeriku
yang menyimpan malu pada kerudung wajahnya!


SAMSA HARRIS
Guoman Resort, Port Dickson
Negeri Sembilan
12 Mac 2006



KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur yang kutinggalkan
masih seperti dulu
sesak jalan raya tak pernah putus
alirnya hingga ke dinihari
mengajar makna sejuta sabar
persaingan segenap sudut
lrt, star, putra, monorel
sendat manusia kota
pada waktu puncak.

Kami dingin di kamar
menyelongkar resah agenda negara
melupakan sesak jalan raya kuala lumpur
yang menghitung siang dan malam berlumpur
banjir kilat banjir pesta
sama sahaja di kota ini.


SAMSA HARRIS
Kuala Lumpur 16 Mac 2006



MENYUSUR PERJALANAN

kususuri jalan sendirian
pada kediaman rakyat bawahan
bagai berada di Quezon City
Manila atau Makati
berjualan kecil-kecilan
burger, rokok dan gula-gula
wajah redup anak-anak pendatang
menumpang kasih di bumiku
apakah ucapan terima kasih
pernah kau ucapkan kepada wargaku
juga kepada kebaikan kerajaan kami
atau sukar mengucapkannya
kerana himpitan minda dan fikir
membisukan katamu?


SAMSA HARRIS
Sanbay, Sandakan 17 Mac 2006


MENUNGGU
di lapangan terbang sandakan
penantian membosankan
meskipun hanya menanti sebuah pesawat
yang akan terbang 30 minit lagi
masih menunggu di sini
sebagai penumpang "standby"
di lapangan terbang ini.

Kita akan terus menunggu
sehingga kita tidak lagi menunggu.


SAMSA HARRI
Sandakan 17 Mac 2006


PERJALANAN MALAM DI PULAU

malam bertiga berkereta
melepas tekanan setelah lelah
berebat di meja mesyuarat
utama jaya menyimpan kenangan
dalam bilik samar terang
melontarkan suara sendiri=sndiridalam gelak gurau
menghirup milo panas
mengunyah kacang goreng
dari sejam ke sejam
mlam kian larut lalu
mengisi perut di gerai tepi jalan
sambil mata sekilas pada
gadis sunti seksi yang menjadi pemburu malam
pada hangat tawaran
pada terang cahaya
ada tanda rumah urut ada reflexology
pusat kesihatankah?
dalam pandang
menyusur luar dari tingkap kereta
bercerita hal mereka
larut malam kuhantar kalian
ke penginapan di "Waterfront"..


Bilakah kita bejumpa lagi
menyusur malam di kotamu kotaku
yang kutinggalkan semusim lalu?


SAMSA HARRIS
28 Mac 2006

Saturday, March 7, 2009

BIODATA SAMSA HARRIS

BIODATA SAHAR BIN MISRON


SAHAR BIN MISRON, dilahirkan di Kampung Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor pada 3 Mei 1959.Beliau mempunyai dua putera dan tiga puteri. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Senggarang, sebelum menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang, Sekolah Dato’ Bentara Luar, Batu Pahat, Johor, dan Sekolah Dato’ Seri Amar Diraja, Muar, Johor sehingga Tingkatan Enam. Seterusnya beliau memasuki Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban, Negeri Sembilan dan memperoleh Sijil Guru pada Tahun 1981, seterusnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam pengkhususan Geografi/Kesusasteraan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 1991. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan memperoleh Master of Education (M.Ed) dalam bidang “Management, and Language Teaching” dari University of Bristol, United Kingdom pada Tahun 1998. Beliau juga memperoleh “Sijil Kelayakan Kepengetuaan Kebangsaan” (NPQH) dari Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands pada Tahun 2000. Dalam tahun yang sama beliau dianugerahi Diploma Kepemimpinan Pengurusan Pendidikan. Beliau berpengalaman bertugas selama hampir 15 tahun di Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia di Pesiaran Duta, Kuala Lumpur, selain menjadi guru di tiga buah sekolah jenis kebangsaan (Cina) di Pahang selama enam tahun sehingga tahun 1987, dan 3 buah sekolah menengah iaitu di Sekolah Menengah Yaacob Latiff, Jalan Peel, Kuala Lumpur sebagai Ketua Bidang Kemanusiaan, selama enam bulan, sebelum bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, Kuala Lumpur selama tiga tahun sebagi Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum. Kemudian beliau mohon bertukar ke Wilayah Persekutuan Labuan dan bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai dari 1.1.2004. Mulai 1 Disember 2004, beliau bertugas pula di Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan, sebagai Penolong Pengarah, dan Ketua Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pelajaran, sehingga 15 Jun 2006. Detik bersejarah 16 Jun 2006 beliau dilantik sebagai Pengetua SMK Lajau, W.P Labuan.

Dengan menggunakan nama pena SAMSA HARRIS, beliau menulis, puisi, cerpen, rencana, dan catatan pengembaraan. Beliau merupakan peserta Ratib 1000 Syair Gapena 2001 yang mencatat nama dalam “Malaysia Book of Record”, serta terlibat dalam merancang, menyedia dan mengendalikan pemilihan buku teks sastera (Komsas) dalam mata pelajaran bahasa Melayu sekolah menengah pada tahun 1998/1999. Juga merupakan sidang redaksi Jurnal Kurikulum, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Berita Kurikulum, serta majalah sekolah, maktab dan universiti. Karya beliau tersiar dalam Akhbar Watan, Warta Tebrau, Mingguan Perdana, Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, Radio Malaysia Kuala Terengganu dan Radio Malaysia Kuantan. Puisi-puisi terbaru beliau tersiar dalam Antologi Puisi “Kota Budaya Citra Sejagat”, “Daksina”, “Bayi Kota Berahi”, dan “Tsunami - Rakaman Sejarah Ngeri”. Karya beliau juga terdapat dalam Buku Antologi Puisi Ratib 1000 Syair” Beliau turut terlibat dalam penyediaan dokumen persaraan mantan Pengarah PPK Dr. Hanafi bin Kamal pada Tahun 1996 berjudul“Juragan” dan mantan Pengarah Jabatan Pelajaran W.P Labuan Encik Ahmad A. Staun pada Tahun 2005, berjudul “Seredup Nostalgia: Jasamu Dikenang” Karya terkini beliau termuat dalam Antologi Puisi "Lambaian Pulau" terbitan DBP Sabah, dan Antologi Puisi "Sepulau Sekasih Kita" terbitan PERWILA. Beliau juga adalah Ketua 2 Persatuan Penulis W.P Labuan (PERWILA)

1. NAMA PENUH: SAHAR BIN MISRON

2. TARIKH LAHIR: 03 MEI 1959

3. ASAL: Senggarang, Batu Pahat, JOHOR

4. MAKLUMAT PENDIDIKAN

Bil. Sekolah/Institusi Tahun/Kelulusan

1. Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands 1999-2000
(Sijil Kelayakan Kepengetuaan Kebangsaan – NPQH)
2. University Bristol,
United Kingdom 1996-1997
(Master of Education: Management, and Language Teaching)
3. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang 1985-1991
(Bachelor of Arts. Hons. Geografi/Kesusasteraan)
– Luar kampus
4. Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan 1979-1980
(Sijil Guru)
5. Sekolah Dato’ Seri Amar Diraja, Muar, Johor 1977-1978
(STP: Sijil Penuh)
6. Sekolah Dato’ Bentara Luar Batu Pahat, Johor 1977
(Tingkatan 6 Rendah)
7. Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang, Batu Pahat Johor 1972-1976
(SRP: Pangkat A
SPM: Pangkat Satu)
8. Sekolah Kebangsaan Senggarang, Batu Pahat, Johor 1966-1971
(PPDL)















5. KERJAYA/PENGALAMAN


Bil. Sekolah/Jabatn Tahun/Jawatan

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau, W.P Labuan 16 Jun 2006 – Sekarang
Pengetua
2. Jabatan Pelajaran W.P Labuan 01.12.2004 – 15 Jun 2006
-Penolong Pengarah Perkhidmatan
-Ketua Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pelajaran
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai, W.P Labuan 01.01.2004 – 30.11.2004
Guru Penolong
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah, Kuala Lumpur 01.12.2000 – 31.12.2003
Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum
5. Sekolah Menengah Kebangsaan Yaacob Latiff, Jalan Peel Kuala Lumpur 08.06.2000 – 30.11.2000
Ketua Bidang Kemanusiaan
6. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pesiaran Duta, Kuala Lumpur 16.02.1987 – 07.06.2000
Penolong Pegawai Kurikulum
Pegawai Kurikulum
Penolong Pengarah
Ketua Unit Dasar
7 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Ching, Kuantan, Pahang 01.01.1985 – 15.02.1987
Guru Penolong
8. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Maran, Pahang 01.01.1984 – 31.12.1984
Guru Penolong
9 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kemayan, Pahang 05.01.1981 – 31.12.1983
Guru Penolong
















6. TANGGAPAN PERTAMA DATANG KE SEMELA

SEMELA sebuah sekolah yang aman, tenang, dan harmoni serta persekitarannya agak bersih dan ceria.

7. MATLAMAT/PENAMBAHBAIKAN:

• Menjadikan SEMELA salah sebuah sekolah terbaik di W.P Labuan dari segi kecemerlangan akademik, kokurikulum, sukan dan sahsiah.
• Merapatkan hubungan antara warga sekolah dengan ibu bapa, masyarakat, serta agensi kerajaan dan swasta.
• Menggubal visi dan misi sekolah yang lebih jelas supaya lebih mudah difahami, dihayati, dan diamalkan seluruh warga sekolah
• Mewujudkan sistem pengurusan pentadbiran dan pengurusan kewangan yang cekap, tangkas, mantap, berkesan dan berkualiti
• Menyediakan kemudahan pembelajaran yang selesa dan kondusif kepada pelajar
• Memantapkan budaya belajar dan budaya ilmu di kalangan warga guru, staf, dan pelajar sekolah.
• Menjadikan warga guru, staf dan pelajar yang mempunyai ”minda kelas pertama”
• Penubuhan ALMUNI sekolah.
• Menjadikan warga sekolah yang mempunyai jati diri dan identiti tersendiri dari segi sikap, tatakelakuan, keazaman, prinsip diri dan pegangan.
• Mewujudkan budaya menepati masa.
• Membasmi ponteng sekolah
• Mewujudkan budaya ”berkasut” di kalangan warga sekolah, dalam aktiviti rasmi di sekolah atau luar sekolah


7. IDOLA PENDIDIKAN

I. Tan Sri Wira Abdul Rahman Arshad
II. Dato’ Asiah Abu Samah
III. Tan Sri Datuk Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin
IV. Dato’ Abd. Raof Husein
V. Datuk Noor Azmi Ibrahim









8. MAMPUKAH SEMELA BERSAING MENJADI SEKOLAH BESTARI

Saya yakin pengisian kurikulum, kokurikulum, dan sahsiah di kalangan warga sekolah mampu menjadikan SEMELA setanding dengan sekolah lain juga sekolah bestari di seluruh negara. Bestari dalam erti kata pemikiran, tindakan, kaedah dan prestasi kecemerlangan bukan sekadar bestari dari segi peralatan semata-mata.



9. HARAPAN

Pelajar SEMELA mampu bersaing dengan pelajar sekolah lain di W. P Labuan dan Malaysia mencapai prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah terbaik dari segi kualiti.

SEPANJANG PERJALANAN

Sepanjang Perjalanan – SAHAR BIN MISRON
umur Tahun Peristiwa Lokasi Catatan
0 1959 Lahir 3 Mei Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor. Kembar meninggal dunia ketika berumur 3 hari bernama Muhammad Sudirman
1 1960 Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor.
2 1961 Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor.
3 1962 Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor.
4 1963 Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor.
5 1964 Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor.
6 1965 Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor.
7 1966 Mula Bersekolah
Darjah 1 Di SK Senggarang, Batu Pahat, Johor
8 1967 Darjah 2 Di SK Senggarang, Batu Pahat, Johor
9 1968 Menumbuk Kawan Sedarjah 3,
Kawan Sekampung, Rahmat Bin Kassim,
Dirotan Di Perhimpunan Rasmi Sekolah, Sehari Sebelum Cuti Penggal
Di Bilik Darjah 3,


Di Tapak Perhimpunan Sekolah,

10 1969 Darjah 4 SK Senggarang, Batu Pahat, Johor
11 1970 Darjah 5 SK Senggarang, Batu Pahat, Johor
12 1971 Darjah 6 SK Senggarang, Batu Pahat, Johor
13 1972 Mula Bersekolah Menengah
Tingkatan 1
Ibu Tersayang, Maymanah Bt Haji Anuar Meninggal Dunia Di Rumah Ketika Berumur 30-An Kerana Demam Panas 31 Mei SMK Senggarang, Batu Pahat, Johor

Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, Johor
14 1973 Tingkatan 2 SMK Senggarang, Batu Pahat, Johor
15 1974 Tingkatan 3
Mendapat pangkat A dalam Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) SMK Senggarang, Batu Pahat, Johor

16 1975 Tingkatan 4 SMK Senggarang, Batu Pahat, Johor


17 1976 Tingkatan 5
Mendapat Pangkat Satu Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Senggarang, Batu Pahat, Johor
Bersama empat rakan menjadi pelajar terbaik SMK Senggarang, B.P Johor
18 1977 Bersekolah
Tingkatan 6 mulai 1 Mei

Mulai 1 Julai

Di SM Dato Bentara Luar, Batu Pahat, Johor Dan
SM Dato Seri Amar Diraja Muar, Johor

19 1978 Mendapat Sijil Penuh Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan
Gred 1 dalam Kertas Am
SM Dato Seri Amar Diraja Muar, Johor

20 1979 Masuk Latihan Perguruan Kursus Pendidikan Peringkat Awal Kanak-Kanak (PPAK) Am Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan
21 1980 Mengikuti Latihan Perguruan Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan
22 1981 Lulus Sijil Guru 30 April Mula Bertugas Sebagai Guru Sandaran 5 Januari, Guru Terlatih Mulai 1 Mei (Direct Posting)
Guru Penolong
Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan
Di SJK Cina Kemayan, Triang, Pahang

23 1982 Guru Penolong
Di SJK Cina Kemayan, Triang, Pahang
24 1983 Guru Penolong Di SJK Cina Kemayan, Triang, Pahang
25 1984 Bertukar Tempat Bertugas
Guru Penolong

Berkahwin Dengan Samsiah Bt Taib
Nikah 15 April Di SJK Maran, Pahang

Kampong Seri Menanti, Muar, Johor Tinggal Di Kampung Berkat, Maran, Pahang
26 1985 Bertukar
Guru Penolong

Mendapat Cahaya Mata Pertama Amirul Husni 15 Januari SJK Chung Ching, Jalan Tanah Putih, Kuantan, Pahang
Di Taman Ros, Kampong Jawa, Kuantan, Pahang

27 1986 Guru Penolong

Mendapat Cahaya Mata Kedua, Aizat Amzar 26 Julai
Melapor Diri Bertugas Sebagai Penolong Pegawai Kurikulum

Di SJK Cina Kemayan, Triang, Pahang
Di Taman Ros, Kg. Jawa, Kuantam, Pahang
Di Pusat Perkembangan Kurikulum, Pesiaran Duta, Kuala Lumpur


28 1987 Penolong Pegawai Kurikulum

Di Pusat Perkembangan Kurikulum, Pesiaran Duta, Kuala Lumpur Pengarah PPK Dato’ Asiah Bt Abu Samah
29 1988 Penolong Pegawai Kurikulum

Di Pusat Perkembangan Kurikulum, Pesiaran Duta, Kuala Lumpur Pengarah PPK, Dr Wan Mohd. Zahid Bin Mohd. Noordin
30 1989 Penolong Pegawai Kurikulum

Di Pusat Perkembangan Kurikulum, Pesiaran Duta, Kuala Lumpur
31 1990 Penolong Pegawai Kurikulum

Di Pusat Perkembangan Kurikulum, Pesiaran Duta, Kuala Lumpur


32 1991 Penolong Pengarah Mulai 1 Jun
Mendapat Cahaya Mata Ketiga Nabihah Pada 8 Julai



Mendapat Ijazah Pertama Sarjana Muda Sastera B.A (Hons), Major Geografi dan Minor Kesusasteraan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pesiaran Duta, Kuala Lumpur
Kampung Padang Baling, Sentul, Kuala Lumpur
Universiti Sains Malaysia (Usm), Pulau Pinang

33 1992 Penolong Pengarah Di Pusat Perkembangan Kurikulum, Pesiaran Duta, Kuala Lumpur
34 1993 Penolong Pengarah




Mendapat Cahaya Mata Keempat Nadiah 25 Julai
Di Pusat Perkembangan Kurikulum, Pesiaran Duta, Kuala Lumpur
Di Dalam Kereta Proton Saga CY 9298 Di Jalan Semarak, Kuala Lumpur
35 1994 Penolong Pengarah Di Pusat Perkembangan Kurikulum, Pesiaran Duta, Kuala Lumpur

36 1995 Penolong Pengarah


Mengikuti Kursus Dari 1 Hingga 15 Mei Di Pusat Perkembangan Kurikulum, Pesiaran Duta, Kuala Lumpur
Kursus “Productive Thinking” Di Semeo Innotech, Quezon City, Phillippines
37 1996 Mengambil Ijazah Sarjana Lanjutan (M.Ed) “Management, And Language Teaching” 16 September University of Bristol, United Kingdom Program Kembar Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands
38 1997 Pengajian Sarjana Lanjutan (M.Ed) 16 September 1996 – 16 September 1997 University of Bristol, United Kingdom
39 1998 Lulus Ijazah Sarjana Lanjutan- Master of Education (M.Ed) “Management, And Language Teaching”

Melapor Diri Semula Bertugas Sebagai Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu/ Kesusasteraan Melayu
Di University Bristol, United Kingdom


Di Pusat Perkembangan Kurikulum, Pesiaran Duta, Kuala Lumpur




Pengarah PPK Dr. Noor Azmi Ibrahim dan Tuan Haji Raof Hussein
40 1999 Mendapat Cahaya Mata Kelima Bernama Naqibah 22 April


Mendaftar Diri Mengikuti Program Sijil Kelayakan Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) Pada 28 April
Hospital Kuala Lumpur
Di No 11, Jalan AU 2B, Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur
Di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands

41 2000 Melapor Diri Bertugas Sebagai Guru (Ketua Bidang Kemanusiaan) Pada 8 Jun
Bertukar Menjadi “Care Taker” Sekolah Baru Secara Pentadbiran SMK Yaacob Latiff, Jalan Peel, Kuala Lumpur
Di SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur


42 2001 Lulus Sijil Kelayakan Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) Pada Januari 2001
Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum
Pergerakan Gaji Melintang di bawah SSB Di SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur

43 2002 Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum
Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2001, Kementerian Pendidikan Malaysia Di SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur

44 2003 Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum Di SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur
45 2004 Bertukar Sebagai Guru Penolong Mulai 1 Januari
Ditempatkan Secara Pentadbiran Sebagai Penolong Pengarah Di Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pelajaran Pada 1 Disember Secara Pentadbiran
Menerima Anjakan Gaji Kedua di bawah SSM oleh Jabatan Pelajaran W.P Kuala Lumpur Di SMK Pantai, Jalan Pohon Batu, Wilayah Persekutuan Labuan
Di Jabatan Pelajaran W.P Labuan
46 2005 Ketua Sektor Di Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pelajaran Pada 15 April Secara Pentadbiran

Menerima Anugerah Perkhidmatan Awam (APC) 2004(Menerima RM1000)
Di Jabatan Pelajaran W.P Labuan
47 2006 Ketua Sektor Di Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pelajaran
Dinaikkan pangkat ke Gred DG44 secara “time-based” yang dikebelakangkan“back dated” dari 1 Januari 2004
Dilantik Pengetua SMK Lajau (KUP DG44) mulai 16 Jun Di Jabatan Pelajaran W.P Labuan



Di SMK Lajau W.P Labuan
48 2007 Pengetua Di SMK Lajau W.P Labuan
Isteri, Samsiah bertukar ke Jabatan Audit Negara Johor Bahru mulai 1 Jun 2007
49 2008 Pengetua Di SMK Lajau W.P Labuan
Isteri bertukar ke Jabatan Audit Negara Kota Kinabalu mulai 1 Ogos
Anak pertama Amirul Husni menamatkan ijazah pertama dalam bidang “Building/Construction” dari UITM Shah Alam, sambung ke peringkat Sarjana dalam “Construction Management”
DG48
(25.08.08)






Konvokesyen Amirul
25 Okt 2008
50 2009
Anak ke-2 Aizat Amzar akan menamatkan pengajian Ijazah di Universiti Pertahanan Malaysia Dalam bidang “Teknologi Marin” ”bulan November
Anak sulung Amirul Husni akan menamatkan Pengajian Sarjana dalam ”Construction Management” Jun 2009

51 2010 Ke Mekah Mengerjakan Haji bersama isteri/keluarga
52 2011
53 2012 Target DG52
54 2013
55 2014
56 2015 Bersara pilihan Target DG54
57 2016 Keliling Dunia Disember 2016
58 2017 Bersara Wajib Mulai
3 Mei (Jika sambung) Target
JUSA C
59 2018 Ke Mekah mengerjakan haji dengan isteri dan anak-anak
60 2019
61 2020
62 2021
63 2022

sm/sepanjang perjalanan.doc.mw/2008

HASRAT HATI MENJADI PENGETUA

MENGAPA SAYA MENJADI PENGETUA? (SAHAR MISRON, SMK LAJAU)

Impian menjadi pengetua tercetus ketika saya sedang mengikuti program sarjana saya di University of Bristol, United Kingdom pada Tahun 1997. Ketika di sana saya dan rakan-rakan sempat melawat sekolah-sekolah berhampiran universiti serta berpeluang melawat University of Oxford dan University of Cambridge. Terdetik dalam fikiran, alangkah seronoknya jikalau dapat menerajui sekolah atau universiti semasa dalam perkhidmatan dengan kerajaan. Sebaik tamat mengikuti program sarjana dalam bidang “Management, and Language Teaching” dan menerima ijazah sarjana saya bertekad untuk meninggalkan Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK), di Persiaran Duta, Kuala Lumpur bukan kerana “benci” tetapi kerana inginkan “kelainan” dalam perkhidmatan sebagai penjawat awam. Semoga pengalaman 15 tahun di PPK sejak zaman Dato’ Asiah Abu Samah sebagai Pengarah hingga zaman Tuan Haji Rauf Hussein (sekarang Dato’) dengan 10 pengarah bukan satu jangka waktu yang singkat, juga pengalaman bertugas di tiga sekolah jenis kebangsaan Cina di Pahang amat berguna untuk menerajui sekolah.

Akhirnya peluang terbuka luas apabila pada Tahun 1999, saya terbaca siaran pekeliling untuk mengikuti Program Kelayakan Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH-sekarang NPQEL) Kohort 1, di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Lantas saya menyuarakan hasrat kepada Pengarah PPK ketika itu Dr. Noor Azmi Ibrahim (Sekarang Datuk – mantan TKPPM) memohon restu beliau. Beliau tiada halangan walaupun ketika itu persediaan untuk perancangan program pembelajaran sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) sedang rancak berjalan, saya yakin Saudara Mokelas, sahabat saya boleh meneruskannya untuk peringkat akhir sebelum pelaksanaan di sekolah. Proses Taksiran untuk mengikuti program NPQH bukannya mudah, kami terpaksa melalui beberapa fasa yang amat mencabar, seperti ujian EQ dan IQ, kemahiran komputer, ujian kecerdasan dan simulasi serta temu duga. Syukur saya berjaya melepasi tahap mencabar taksiran dan mengikuti program selama setahun di IAB.Lulus.

Tamat kursus NPQH, Jun 2000 saya ditempatkan di SMK Yaacob Latiff, Jalan Peel, Kuala Lumpur lima bulan, sebagai KB Kemanusiaan sebelum menjadi “caretaker” sebuah sekolah baru iaitu SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur sebagai Penolong Kanan 1, merangkap PK HEM, dan PK Kokurikulum peringkat awal. Tiga tahun saya menjadi penolong kanan, peluang berhijrah tidak saya lepaskan apabila isteri tersayang ditawarkan berkhidmat di W.P Labuan. Saya melepaskan jawatan PK dan menjadi guru Bahasa Melayu dan Geografi di SMK Pantai, W.P Labuan selama sebelas bulan, sebelum “diarahkan” berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Perkhidmatan dan kemudiannya Ketua Sektor Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pelajaran di Jabatan Pelajaran W.P Labuan mulai 1 Disember 2004 hingga 15 Jun 2006. Selepas itu, saya diarahkan menjadi Pengetua di SMK Lajau, W.P Labuan mulai 16 Jun 2006, menggantikan Tuan Haji Mohammad Abu Bakar yang bersara. Walaupun ada yang berpendapat saya “diturunkan pangkat” dari Jabatan Pelajaran kembali ke sekolah. Tetapi mereka tidak tahu, bagai “pucuk dicita ulam mendatang” kerana impian saya menjadi pengetua dikabulkan Tuhan.

Biarlah saya berkhidmat sebagai Pengetua di sekolah demi anak-anak Labuan tercinta sehingga bersara atau sehingga saya “diarahkan” ke mana-mana tanpa diminta!

KENANGAN SILAM

MANIS DAN PAHITNYA DI SINI (OLEH: SAMSA HARRIS)

Aku tidak pernah terfikir untuk berhijrah ke Wilayah Persekutuan Labuan. Labuan sebuah pulau yang indah dan menarik untuk dikunjungi. Seingatku hanya sekali sahaja aku pernah sampai ke pulau ini, iaitu semasa “transit” dalam perjalanan kembali dari Sabah ke Kuala Lumpur pada tahun 1980-an dahulu. Itupun sekadar berada didalam kapal terbang. Tidak kuduga kunjunganku kali ini untuk terus menetap di sini setelah hampir dua puluh tahun bertugas di Kuala Lumpur.

November Tahun 2003 aku tiba di Pulau Labuan untuk bersama-sama isteri dan anak-anaku menyambut Hari Raya Aidul Adha. Aku juga merupakan calon menumpang dalam peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) pertama dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada Tahun 2003. Setelah menyelesaikan tugasku sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Setapak Indah, Kuala Lumpur, aku mempunyai sedikit waktu untuk membuat persediaan dan ulang kaji PTK di tepian pantai Pohon Batu di pulau ini.

Secara rasmi aku memulakan tugas di SMK Pantai, W.P Labuan mulai 1 Januari 2004, walaupun aku melapor diri lebih awal di SMK Pantai, iaitu pada 18 Disember 2003, iaitu selepas menduduki peperiksaan PTK. Aku masih ingat aku menduduki PTK di SMK Mutiara, yang sebelumnya dikenali sebagai SMK Membedai. Aku juga sempat menghadiri Mesyuarat Guru pertama yang diadakan pada 30 Disember 2004.

Pada awal tahun, iaitu 3 Januari, aku bersama-sama beberapa orang guru baru dan guru sedia ada memulakan sesi persekolahan di SMK Pantai. Aku ditugaskan mengajar subjek Bahasa Melayu dan Geografi, Tingkatan 1, 2 dan 3. Aku terima jadual waktu mengajar dengan hati terbuka. Bermula kembali rutinku sebagai “guru biasa” yang harus ditukar istilah dengan “guru luar biasa” mengajar kumpulan murid yang agak asing dan latar belakang kehidupan sebuah pulau yang berbeza sama sekali dengan murid pinggir kota di sekolah lamaku di Kuala Lumpur. Aku dapati kebanyakan guru masih muda-muda belaka dalam usia dua puluhan dan tiga puluhan, seorang dua sahaja yang melewati usia empat puluhan, termasuk diriku yang berusia lebih 45 tahun. Aku seboleh mungkin menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan persekitaran yang ada. Aku tidaklah terasa asing di sini kerana lebih 90% guru berasal dari Semenanjung Malaysia.

Bagiku sama sahaja sama ada mereka dari Semenanjung Malaysia atau dari Sabah, Sarawak atau dari W.P Labuan. Padaku keadaan kini sudah jauh berubah. Aku meletakkan diri bagai perumpamaan “di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung” Yang penting anak-anak muridku adalah tetap anak-anak Malaysia yang perlukan tunjuk ajar, didikan dan bimbingan yang tidak ada bezanya. Hanya lokasi geografi yang membezakan kampung halaman mereka. Cuma yang merisaukan aku sebagai guru ialah tahap motivasi muridku yang agak rendah dan tidak berfokus. Aku menyesuaikan dengan keadaan persekitaran mereka. Kaedah “berkawan” dan pujukan kurasakan kaedah terbaik untuk mendekati mereka.

Secara berhati-hati aku mendekati muridku agar mereka tidak terkejut dengan perubahan drastik yang boleh membosankan mereka. Aku tidak sekali-kali menyalahkan mereka. Mungkin keadaan mereka yang kurang terdedah dengan cabaran hebat kehidupan menyebabkan mereka kelihatan terlalu “santai” Apa yang lebih memeranjatkan aku ialah apabila aku membuat tinjauan awal setiap kelas yang kuajar atau kelas ganti, aku dapati sebilangan mereka agak mengabaikan hal “solat” Kebanyakan mereka lalai untuk mengerjakan solat Subuh, malah ada kelas yang hampir 80% daripada mereka tidak bersolat Subuh pada hari kutanyakan soalan itu. Perkara ini memeranjatkan aku. Kaedah memujuk dan menyelami hati budi dan penghayatan dalaman sedikit sebanyak mengubah tanggapan mereka.

Setiap hari aku “memujuk” mereka dengan pendekatan psikologi, cuba meningkatkan tahap motivasi diri murid-muridku, dan menyelitkan dengan unsur kecindan yang boleh menarik mereka. Unsur paksaan tidak memungkinkan perubahan dalaman mereka. Walaupun aku sedar ketegasan perlu digunaan sebaik mungkin. Sepatah kata orang tua-tua, “dalam kelembutan ada ketegasan”

Syukurlah, ada antara muridku yang menunjukkan perubahan dalam jangka masa singkat. Mereka sedar peripentingnya ilmu kepada mereka, untuk bekalan hari akan datang. Melalui aktiviti kokurikulum semangat juang mereka agak terserlah. Peluang ini aku pergunakan sebaik-baiknya. Aku sama-sama turun ke padang bersama-sama mereka, malah aku mendekati mereka dengan menghantar mereka hingga ke halaman rumah mereka jika aktiviti lewat petang. Malah aku turut menjemput mereka ke rumah untuk mengikuti kelas malam secara percuma, dan ada yang kuhantar pulang dengan kereta ke rumah mereka. Aku gembira dengan kesungguhan sebahagian daripada muridku yang berusaha untuk menghadapi peperiksaan PMR.

Aku juga diamanahkan oleh Pengetua sekolah untuk merancang aktiviti kecemerlangan akademik khususnya untuk persediaan PMR. Dan aku berterima kasih kepada Pengetua yang memberi kepercayaan untuk aku melaksanakan tugas selaku Setiausaha Kurikulum Sekolah. Malah beliau memberi sepenuh sokongan apabila aku mencadangkan sasaran 100% lulus PMR Tahun 2004. Walaupun pada peringkat mula mendapat semacam bantahan daripada beberapa orang guru tentang sasaran itu tetapi Pengetua memberi sokongan padu dan bersetuju dengan sasaran ini. Aku sebenarnya ingin membangkitkan semangat guru-guru agar melipatgandakan usaha dengan keupayaan dan tenaga muda guru-guru.

Aku juga diberi mandat untuk menjadi Pengerusi Kelab Guru SMK Pantai tahun 2004. Aku anggap sebagai cabaran untuk menjadi perantara antara guru dengan pihak pentadbir sekolah, dan aku tahu bukan tugas mudah untuk melaksankannya. Syukurlah, dengan kerjasama seluruh warga guru dan staf segala tugas dapat dilaksanakan dengan semangat sepasukan walaupun pada satu ketika wujud semacam “konflik” yang cuba dicetuskan oleh seorang dua guru yang cuba menguji kepimpinan pengetua. Teguran kepada sekolah yang kuanggap tidak profesional dan lebih kepada serangan peribadi. Sekalung tahniah kepada pengetua yang berjaya mengatasi “konflik” itu dengan tindajan “berani” beliau., yang akhirnaya guru itu ditukar ke sekolah lain.

Tempoh bersama murid di sekolah nampaknya amat singkat sekali. Dalam satu majlis Hari Q Jabatan Pelajaran yang sempat aku hadiri, aku semacam terbau sesuatu akan berlaku. Daripada kata-kata Pengarah Pelajaran ketika itu, Encik Ahmad A. Staun yang menyatakan, “pihak sekolah harus bersedia untuk melepaskan guru mereka jika dikehendaki.”

Tidak lama selepas majlis itu, aku diminta hadir ke Jabatan Pelajaran di Bukit Kalam tanpa pengetahuan Pengetua. Petang itu juga aku diminta bertemu Encik Omar Baki bin Matusin, Ketua Sektor Sektor Pengurusan Sekolah (SPS), merangkap Timbalan Pengarah Pelajaran ketika itu. Aku ditemu duga oleh Encik Omar Baki. Selepas itu, aku dibawa berjumpa dengan Pengarah Pelajaran. Aku dirisik untuk diambil secara pentadbiran di Jabatan Pelajaran. Kataku, “aku akur dengan arahan Pengarah kalau itu adalah arahan!” Malah Pengarah menyatakan tentang pelepasan pengetua sekolah “adalah urusan saya, you balik ke sekolah macam biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku”

Sehari sebelum cuti akhir tahun persekolahan, aku menerima faks, meminta aku melaporkan diri di Jabatan Pelajaran W.P Labuan mulai 1 Disember 2004. Aku hanya sempat bercuti beberapa hari sahaja. Rupanya hanya 11 bulan sahaja aku berada di sekolah. Mulai 1 Disember 2004 aku melaporkan diri sebagai Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan, Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pelajaran.

Mulai 15 April 2005, aku diminta memegang jawatan Ketua Sektor sektor berkenaan selepas Encik Jakariah bin Kechok bertukar ke SPP, Kota Kinabalu. Mulai 16 Jun 2006 aku darahkan bertukar sebagai Pengetua di SMK Lajau pula.






















PILUNYA TERGURIS RASA (OLEH: SAMSA HARRIS


Hari ini 10 April 2006, hatiku tersayat apabila TP “menyerang” sektorku dalam perhimpunan bulanan yang lewat diadakan, ketika menunggu kehadiran Pengarah yang melawat Sekolah Menengah Sains Labuan pada awal pagi. Hatiku menangis apabila serangan terbuka ditujukan kepada stafku yang mengendalikan hal kiriman dan terimaan surat-menyurat Jabatan. Namun aku mengambil keputusan tidak menjawab bukan kerana takut tetapi adalah lebih baik diam agar kebenaran akan terbukti kerana aku telah mendapat makluman awal daripada stafku perlakuan seorang pegawai SPS yang “sengaja mencari punca salah” stafku. Ini telah kujelaskan kepada Pengarah terlebih dahulu dan bukan niatku untuk berperang. Usia sebenarnya mendewasakan kita! Hatiku tidak terpujuk walaupun Pengarah Pelajaran secara terbuka mengucapkan tahniah kerana aku dinaikkan pangkat ke Gred DG44. Aku seolah-olah tidak dapat merasakan kegembiraan atas ucapan itu, bukan aku tidak menghargainya tetapi kerana teramat pilu dengan kata-kata TP sebelum perhimpunan rasmi bulanan pagi ini. Aku tidak dapat menghayati kata-kata Pengarah walaupun aku cuba senyum, tapi aku tahu senyumku hambar dan terpaksa!

Aku akan bercakap dari hati ke hati dengan stafku supaya lebih berhati-hati melaksanakan tugas supaya tiada ruang untuk seseorang meletakkan kesalahan di bahu kami. Yang penting keikhlasan kita bertugas. Allah Maha Mengetahui dan akan menunjukkan kebenaran. Aku akan berbincang dengan mereka supaya satu sistem yang teratur diwujudkan untuk dilaksanakan demi kepentingan Jabatan bukan atas kepentingan individu!

Dalam mukadimah Mesyuarat Sektor tengah hari itu, aku bercakap penjang lebar secara tersirat isu yang wujud dan cuba memujuk anak buahku. Dan aku tegas dengan prinsipku diam lebih baik daripada berkonflik dengan orang lain. Aku dapat merasakan hati mereka yang terhiris dengan isu yang timbul setelah bermati-matian meaksanakan tugas tanpa mengira waktu, Sabtu dan Ahad atau cuti umum mereka kep pejabat tanpa paksaan. Seorang dua meluahkan isi hati sebelum ini, kepuasan bekerja agak tergugat dengan isu remeh-temeh yang seolah-olah sengaja diada-adakan tidak tahu untuk tujuan apa. Padaku kalau tenagaku tidak diperlukan di Jabatan ini, berterus-terang sahaja, aku bersedia mengundur diri kerana aku di Jabatan bukan meminta-minta bagai peminta sedekah. Bagiku bertugas di mana-mana sama sahaja, yang penting gembira dan tiada tekanan kerja dan suasana harmoni wujud di Jabatan ini.

Apakah ura-ura Pengarah untuk meletakkan aku di sekolah disalah tafsir pegawai lain. Bulan hadapan seorang Pengetua akan bersara. Aku tahu Pengarah juga tentunya sukar memikirkan pengganti pengetua tersebut. Mungkin niat Pengarah ikhlas kerana beliau maklum aku kebetulan mempunyai sijil NPQH walaupun gred DG44 ku masih terlalu baru kalau dikira tahun. Perkara ini pernah dibayangkan oleh Pengarah dan bukan menjadi rahsia di kalangan stafku, hinggakan CC ku pernah menyatakan ingin memohon bertukar ke sekolah sedangkan beliau adalah staf hakiki Jabatan, katanya keseronokan bekerja tiada lagi di pejabat. Aku cuba memujuknya supaya kekal di jabatan. Kataku bekerjalah seperti biasa, dengan ikhlas dan jujur semoga Allah membalas kebaikan yang kita laksanakan.

Kalau difikirkan secara singkat aku sendiri rela kembali ke sekolah walaupun hanya sekadar mengajar di kelas. Namun ada tugasan yang belum selesai untuk membantu memulihkan Jabatan ini daripada segala kesilapan lalu yang dilakukan oleh beberapa orang pegawai berkaitan tatacara perolehan yang tidak teratur dan cuba membantu membaiki segala kepincangan dan kelemahan jabatan yang agak kritikal dan berada pada tahap serius. Bukan salah mereka mungkin tetapi kerana kurang pengalaman dan kurang memahami peraturan. Pada pemerhatianku sedikit-sebanyak mereka mula mematuhi peraturan, cuma segelintir mereka yang agak liat berubah.

Aku juga sedar kedudukan diriku sekadar pegawai “sangkut” di jabatan. Terpulang kepada kebijaksanaan Pengarah mengendalikan situasi yang timbul ini. Biarlah beliau sedar staf di SPPP telah mengorbankan sebahagian besar masa yang sepatutnya bersama keluarga tetapi demi tugas mereka rela melaksanakan tugas tambahan tanpa paksaan. Segalanya atas dasar tanggung jawab, dan mereka sentiasa berusaha membaiki diri. Harapanku biarlah semua warga SPPP akan kembali ceria, gembira, dan seronok bekerja. Begitu juga diriku, akan cuba mengawal diri dengan ketabahan, kesabaran dan keyakinan serta semangat juang tidak mudah luntur dan “Emotional Quotent” yang tinggi. Ya Allah, berikanlah petunjuk kebenaran kepada kami!


SAMSA HARRIS
W.P Labuan 10 April, 2005





















KENANGAN DEMI KENANGAN(OLEH: SAMSA HARRIS)



Kematian rakan karibku Jin’s (Mahayadin Daud) yang menginap di Hotel City Villa, Kuala Lumpur, meninggal dalam pangkuanku dalam perjalanan ke hospital.

Tarikh 16 Jun 2008, aku melaporkan diri bertugas sebagai Pengetua SMK Lajau, W.P Labuan. Sekolah ini hanya sebulan tidak ada Pengetua setelah Tuan Haji Mohammad Abu Bakar bersara pada 16 Mei 2008. Dengan berbaju hijau pucuk pisang aku datang awal pada hari pertama di SMK Lajau, hanya seketika aku di sekolah kerana aku terpaksa bergegas ke Dewan Konvensyen di Ujana Kewangan untuk pengelolaan majlis rasmi yang mana SMK Lajau menjadi jawatankuasa cenderamata. Kulihat Puan Dona Undoh, Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum bekerja kuat.

Tarikh 4 November 2008 menjadi kenangan sepanjang perkhidmatan dengan kerajaan Malaysia kerana pada pagi ini aku menerima ”mock checque” bernilai RM15,000.00, sebuah tropi (RM250.00) serta sijil daripada YB Menteri Pelajaran Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein di Dewan MAEPS Serdang (Dewan MARDI) kerana SMK Lajau, W.P Labuan tempatku bertugas dianugerahkan Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan Peringkat Kebangsaan Kategori Sabah/Labuan. Aku bersama PT N22 Encik Azahari bin Abd. Rahman serta Encik Hamka Mat Daud menerima anugerah. Kejayaan sekolah kami adalah kejayaan bersama atas usaha semua warga memastikan sekolah terkeluar daripada Audit Berteguran apabila aku melaporkan diri ke SMK Lajau pada 16 Jun 2006, selepas itu kami tidak menoleh lagi dan menerima Audit Tanpa Teguran tiga tahun berturut-turut.. Seronok tak dapat aku bayangkan. Aku berjumpa teman-teman bekas Ketua Sektor SPPP Negeri Kelantan, Tuan Hj. Jaafar (Kini PPD Pasir Mas/ Tumpat, Saudara Hilmi JPN Kelantan serta KS SPPP Negeri Selangor Tuan Haji Sairimin (Kini Pengarah IPG Ipoh), rakan NPQH Saudara Jaapar dan beberapa orang rakan lagi yang sama-sama menerima anugerah. Seronok juga menerima tahniah daripada rakan lamaa di MPRM Saudara Osman Alauddin serta Cik Marhanum daripada Bahagian Korporat dan Organisasi KPM, juga Saudara Azmi Sayuti bekas guru ICTku di SMK Setapak Indah kini pegawai BBT, KPM serta staf sokongan PPK Pn. Maggie serta seorang staf lagi yang kulupa namanya tapi ingat wajahnya.

SAJAK-SAJAK SAMSA HARRIS

HARI MINGGU

Hari minggu di sini
Tidak pernah membawa mesra
Tiada lagi pelukan bonda
Pagi hari membancuh kopi sendiri
Baju sebaldi belum bercuci.

Hari minggu di sini
Menghirup kopi susu tak bergula
Bertemankan senaskhah akhbar
Menghitung lubang-lubang kecil di dinding
Merenung siling yang kosong bersawang.

Hari minggu di sini
Tak pernah berakhir
Nada kebosanan
Lagu syahdu tanpa erti
Mencuri sekeping hati yang sepi.

Akhbar Warta Tebrau 22-28 April 1982

























KETIBAAN

Ketibaan dalam keharuan
Meninggaalkan
Halaman di kejauhan bumi Johor
Bertuah
Tiupan serunai mengalun di malam
Dingin
Laguku yang sepi di perantauan
Menjadi dagang yang baru bernafas
Suasana yang asing
Di satu tempat yang baru
kerinduan
Bertapak di hatiku
Terkenangkan angin desa yang
Nyaman.

Sungguh aneh kurasakan di sini
Tidak seperti selalu
Aku sering bermanja
Belaian yang sukar kulupakan
Dalam ketibaan ini
Satu tekad dan azam
Mahu bertapak dan bernafas di
Bumi lain
Untuk sementara aku rela
Menghadapi saat perpisahan.

Memang memilukan
Begitu syahdu
Begitu rindu.

Suasana dan angin yang baru
Kuharapkan segar memeluk
Kedamaian
Debar yang telah kunantikan
Akan tiba juga nanti
Keharuan.

Aku masih mengharap
Ketenteraman
Ketenangan tanpa gangguan
Aku telah tiba di sini.

Akhbar Warta Tebrau 13-19 Mei 1982


NAMAMU

Di batas ruang waktu
Kedinginan begini
Menyeru nama-Mu
Dalam rindu
Dalam sepi
Aku sendiri di sini
Memesrai nama-Mu yang Satu!

Akhbar Watan 31.12.1982



































KEPINCANGAN

Mengatur langkah
Mencari arah
Memecah bosan
Di bayangan keharuan
Terlonta memenuhi harapan
Tak mampu berdiri
Segagah mungkin
Di satu sudut.

Ucapan tahniah
Sudah tidak bermakna
Di bawah lambang-lambang
Keangkuhan
Yang mencengkam
Tangan-tangan cinta
Terpaksa.

Bayangan keyakinan
Tak sempat menyapa malam
Yang semakin suram
Di tepi puncak
Gerimis mulai menitis
Membasahi sekujur tubuh
Yang pincang.

Akhbar watan 25.03.1983

















SALAM PUISI

Bebayang jejaring
Dari kamar sebelah
Terbenam di dinding kamarku
Membawa sejuta resah
Menggarap salam puisi
Suara kekasih
Di medan rindu malam ini.

Akhbar Mingguan Perdana 01.05.1983




































PERBICARAAN

Satu percakapan
Di malam dingin
Penuh keriangan
Sama-sama ketawa memanjang
Dalam gurauan
Seperti sahabat lama
Yang baru bertemu.

Percakapan denganmu
Memberikan semangat
Lantas keazaman
Menebal di dada.

Kaulah guruku
Membunuh emosi
Menghancurkan hipokrit
Memanduku
Mencari caahaya
Terang di kaki langit.

Akhbar Watan 06.05.1983






















BEGINI KAMI DI SINI

Kami di sini
Memang bernasib begini.

Tanah merah berdebu
Menutup mata
Ketika kemarau tiba.

Tanah merah berlumpur
Memeluk roda-roda basikal tua
Ketika hujan tiba.

Malam dingin cahaya malap
Pelita minyaak tanah
Anak-anak sekolah membaca buku.

Paip tembaga hadiah pilihan raya
Mengalir sekali-sekala
Sekejap Cuma.

Bilakah?
Elektrik ganti pelita minyak tanah
Paip tembaga mengalir selalu
Tanah merah bertar baru!

Akhbar Watan 27.05.1983



















AKU MASIH MENCARI

azam yang dijerat kepayahan
pertemuan yang dipendekkan
cincin di jari manis
masih tersarung
kesetiaan tak tercemar
mahligai impian
di hujung musim ini.

sepi masih terkapar
di hujung pemandangan
kota mencabarmu
masih belum dapat kusatukan
dengan desa pedalaman ini.

aku masih mencambah cinta
mengalir mercu harapan.

dari hari ke minggu
ke bulan ke tahun
atau ke abad
puisi yang kutulis
tidak akan selesai
selagi masih ada pencarian!

Rancangan Sudut Sastera
Radio Malaysia Kuantan
30.05.1983


MIMPI

I
malam tadi aku bermimpi
berdiri di sebuah kompleks membeli-belah
sambil pandangan menuju ke pulau
mata merenung gunung berkabus
mata menatap cahaya bulan
mata mendakap sinar matahari
menunggumu
menunggumu pulang dari pejabat.

ll
suara bayi kehausan susu ibu
di telinga di kotak fikiran
langkah mengejar kekasih semakin hampir
aku pun berdiri tenang
menyekat langkah pengejar itu
kerana tidak rela
bayiku
bayiku kehilangan ibu.

lll
mimpiku terjaga
di bawah redup subuh dingin
suara azan memanggil
memanggil kekuatan imanku
menghadap Tuhan1

Rancangan Sudut Sastera
Radio Malaysia Kuala Terengganu
Mei 1983
















SATU PENGARUH

Telah menular ke sini
Di desa terpencil
Membawa penipuan dan keangkuhan.
Anak-anak yang baru
Mengenal buku sekolah
Lewat tidur malamnya
Pagi-pagi lagi
Menguap panjang
Mata layu yang cengkung
Filem yang ditonton
Masih berlegar difikirkan
Guru bersuara
Dari tembok ke tembok.

Apa mungkin generasi nanti
Berakal beku tanpa ilmu
Dipandu robot video
Tidak mampu mencari
Fikiran baru.
Atau hanya penerima
Tanpa ilham.

Kita harus berani membersihkan
Segala dosa belum sebati ini
Dari tubuh anak-anak generasi
Menyekat pengaruh penularannya
Dari membenam ke dada
Melentur buluh semasa rebung
Memelihara kesopanan kita!

Akhbar Watan 03.06.1983













KESEPIAN

Segalanya sepi
Berlalu kosong
Ke batas kenangan
Di lapisan sejarah
Tahun-tahun silam
Membawaku ke alam
Paling cemerlang.

Tahun berlalu
Ikatan termetri
Menanti detik-detik
Penuh bahagia
Harapan ditenun sepi
Di tepi halaman desa.

Kepuasan belum terisi
Ibarat mimpi datang dan pergi.

Kehadiranmu
Kesepian telah terkapar
Di sudut rindu.

Akhbar Watan 16.09.1983



















KETIBAAN

telah tiba di sini dengan sejuta ketenangan
salam manis dari desa kelahiran
berkunjung ke tempat baru
menjanjikan kecemerlangan
menenun masa depan yang masih jauh.

rasa mesra menerpa dengan bisikan
angin rantau tanpa tangisan
meninggalkan kenangan dengan surat pertukaran
masih tergenggam di tanganmu
tergamam menangguhkan keberangkatan
bersamaku di sini.

kukhabarkan berita manis
sering tiba dalam mimpi
mencari arena perjuangan
pencarian ini di mana hujungnya?

berkongsi kasih meneroka lorong kehidupan
meredah belantara belayar di lautan
dugaan menganga di mana-mana
menanti kita ketika tiba di sini.

mintalah bizin kotamu
yang melukiskan segala kenangan
menumpang di bawah bumbungnya
berangkat ke tanah subur ini.

kau tiba dengan langkah pahlawan
tanpa membakar api sengketa
seperti musim-musim yang lalu
bisikan setiapun terucap lembut.


Rancangan Sudut Sastera
Radio Malaysia Kuala Terengganu
23.10.1984






KEHIDUPAN DARI DUA SUDUT

di satu sudut
dia terbaring
di perut laut
di lain sudut
aku tertiarap
di dada belantara.

berenang di gelombang
semakin perlahan
berlari di ranjau
tanpa keupayaan.

betapa sengat sembilang
bisa meresap ke tubuh
begitu tajam onak dan duri
merentap-rentap di kaki.

meronta-ronta di air
menggelupur di tanah
dia dan aku derita luka
nelayannya
dan peneroka belantara
menempuh cabaran.


Rancangan Sudut Sastera
Radio Malaysia Kuala Terengganu
1984

DETIK-DETIK KUNTUM BERPUISI

dalam detik kuntum berpuisi
anak kucing berlari
menuju bukit berjurang tinggi
meredah paya lembah berduri.

dalam detik kuntum berpuisi
anak telanjang bertubuh sekeping
menuju sawah ibu tiri dikhuatiri
sampai di sana di maki hamun
belum mandi sendiri.

dalam detik kuntum berpuisi
awan hitam berlari
turunnya hujan tengah hari
membanjiri seluruh negeri.

dalam detik kuntum berpuisi
penggemis menunggu di kaki lima
dengan surat rasmi
mendatangi sesiapa
seringgit dua tanda simpati?

dalam detik berpuisi
ada senyum duka sendiri.


Rancangan Sudut Sastera
Radio Malaysia Kuala Terengganu
1984

KEHILANGAN
(buat allahyarham Ahmad Boestamam)

kepulanganmu ke rahmatullah
mengikut kalendar-Nya
tertulis di loh mahfuz
dunia pagi enam rabiul akhir
pemergianmu tidak ditangisi
dengan ratapan
hanya sekalung Fatihah tanda kasih
di pusara.

meninggalkan semua kenangan
hilangmu tokoh
perjalanan berwarna-warni
kepedihan hidup
keteguhan azam cita-cita
menggunung berbaur
dengan tinta sejarah tanah air.




























ANTARA DUA JURANG

Malam ini lewat dinihari
Kami melenggang pulang
Dari sebuah perbukitan
Lalu singgah di sebuah kedai pizza
Melihat betapa remaja berbaris di hadapan pub dan “massage centre”
Menanti diri dilayani apakah yang dicari ghairah khayalan
Perempuan atau lelaki penghibur antara moral yang tersungkur
Di balik lampu jalan mereka setia menunggu berbaris tanpa suara.

Di satu sudut melihat masih ada lelaki “homeless”
Bertemankan seekor anjing hitam
Menantikan fajar dengan selimut usang
Lalu-lalang di bawah bulatan.

Bristol, United Kingdom
14.01.1997




























PERJALANAN

Berjalan lagi menyusuri lorong bawah tanah
Kota london yang kukunjungi
Ketika usia hampir seabad
Maddame tusauuds
Planetrium
Melihat betapa bangsa bertamaddun
Melupakan asal kejadian ketika
Ukiran patung-patung
Pelbagai tokoh negara
Dijadikan bahan bergambar kenangan
Siapakah yang menoleh tanpa sedar
Menelanjangi akal dan budi

Bristol, United Kingdom
14.01.1997


PARLIMEN

Di sini kau bicara terbuka
Dengan keberanian menerima protes
Ditonton berjuta warga untuk menilai
Kelantangan mp mereka menelanjangin masalah negara
Tanpa sebarang keraguan
Cabar-mencabar bukan lagi cerita baru
Untuk dibanggakan rakyat
Hanya kebiasaan dari satu penggal ke penggal baru
Memilih pemimpin menerajui kerajaan.

Bilakah bicara parlimenku
Dapat dotonton seluruh warga
Antara wibawa kerajaan dan cabaran pembangkang
Ikhlas menerajui pimpinan negara.

Bristol, United Kingdom
27.02.1997



























PERANG DAN CINTA

Petang ini di sebuah pawagam ingatan meneropong jauh
Ke zaman Islam, memang benar kata Tongkat Waran
“perang telah membunuh segala mesra
Perang berlangsung mencari untung tanah jajahan
Perang membunuh anak dalam buaian
Perang berlangsung menghancurleburkan nilai kebudayaan”
Ketika menyelongkar sejarah hidup Ernest Hemingway
Ketika berlangsung perang di benua ini
Menceritakan kisah cinta kepada negara
Adalah protes nilai diri perbuatan pemimpin gila perang
Memaksa askar tanpa pangkat bunuh-membunuh sesama mereka
Hinggakan cinta terhalang cemburu memaksa perpisahan
Hinggakan kekasih melupakan nilai sebuah perkahwinan
Dan maut memanggil kembali pada usia 92
Memang benar kata pujangga cinta bukan puncaknya
Di gerbang perkahwinan kerana cinta adalah di hati.

Bristol, United Kingdom
27.02.1997

























KEPULANGAN
(mengenang pemergian Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad)

Pagi membaca berita negara di papan internet
Mengejutkan sama teman-teman di sisi
Kepulanganmu ke Rahmatullah
Duapuluh tiga Syawal dalam penerbangan melawat ibu sakit
Di tanah kelahiran adalah kehilangan
Bangsa yang kau mulakan langkah
Membangun ekonomi negara pada abad ini
Bersama kebanggaan empayar lotus dan proton
Yang menjangkau luar negara
Membasah cemburu usahawan seluruh dunia
Apakah rahmat di sebalik kepulanganmu?
Dalam hangus sebuah helikopter peribadi
Yang turut meragut isteri abadi dan juruterbang berjasa
Dari sini kuhadiahkan sekalung Fatihah di pusaramu
Penegak ekonomi bangsak!

Bristol, United Kingdom
04.03.1997

























KENANGAN
(mengenang pemergian Allahyarham Keris Mas)

Mantap sekali akal dan fikirmu
Idea bercambah idea bertambah
Memartabatkan dunia ini
Kerana kau sasterawan ulung
Sasterawan sulung
Di negara berdaulat ini
Petah bicaramu
Pedas pidatomu
Membangkit cemburu semusim
Tapi sayang plot-plot roh-roh 13 Mei
Hanya rangka yang tidak sempat kau siapkan sendiri.

Budi baikmu kau bawa ke alam Barzaq.

Bristol, United Kingdom
09.03.1997



























SAKIT

Sakit adalah anugerah yang mengajar kita bersyukur dan sabar
Meredah hidup seharian walaupun kita di rantau
Usah dikesalkan sakit yang datang kerana mengajak kita berehat
Meskipun kita masih berfikir bertanya siapakah kita sebenarnya?
Beristigifhar memohon ampun kesaalahan sebelumnya
Berdoa mohon disembuhkan kembali
Untuk menjalani kehidupan tanpa
Kesal atau dendam di hati.

Bristol, United Kingdom
10.03.1997

































MENJUNJUNG KASIH KHAZANAH BAHASA

Perjalanan baru bermula di sini...
Bakal merentasi tujuh gunung tujuh lautan
Tujuh jurang tujuh benua
Menelusuri jalur khazanah, bahasa, sastera, dan budaya
Lantas kita junjung, kita julang, kita sanjung,
Kita daulatkan, kita martabatkan
Bahasa kebangsaan warisan bangsa
Kerana bahasa ini bangsa rasmi senegara
Kerana bahasa ini bahasa ilmu seluruh mayapada
Kerana bahasa ini bahasa milik kita
Kerana kita warga setia pada negara.

Usah kesempingkan pula bahasa kedua
Meskipun bahasa ini bukan bahasa milik kita
Kerana bahasa ini bahasa menambah dan mencambah khazanah ilmu
Melayari arus globalisasi dunia
Menyelongkar rahsia alam dan pengalaman manausia sejagat
Di segenap ceruk dan pelosok
Menjana maklumat dan pemikiran telus.

Didik anak bangsa warga negara
Dengan bahasa lembut seorang ibu
Menyusur menembusi liang roma
Antara kelembutan sastera dan budaya
Antara kemanusiaan, kesenian, dan falsafah
Antara penerokaan sains, dan teknologi
Antara kebenaran siasah, dan agama
Untuk melakar tabiat terbaik
Pada garis amalan terbaik
Untuk diwarisi seluruh generasi
Mencorak sejarah dan kesatuaan ummah.

Tiada lagi penjara akal dan budi
Yang menyeksa dan membosankan anak-anak warga bahasa
Pada ceria sebuah bilik darjah di kota dan pedalaman
Paparan internet, e-mail, CD-Rom, dan televideo
Pada jaringan dan hubungan pintar
Disingkap kepersisan bahasa terlontar
Antara estetik dan kesantunan bahasa pertama dan bahasa kedua.




Perjalanan ini masih panjang menyongsong angin cabaran
Mencari makna di sebalik tabir kelangsungan
Kerana nanti bakal lahir bangsa Malaysia
Yang menyambung semangat warga setia tercinta
Sanjungan budi dan kesayangan abadi.

Wahai cendekiawan
Wahai ilmuan
Wahai pendidik
Wahai pencipta bahasa
Wahai pengamal bahasa
Benteng peradaban kita dirikan di sini
Temboknya perlembagaan negara
Tercatat tinta bahasa artikel keramat 152
Untuk dipertahankan seluruh warga.

Bahasaku bahasamu
Bahasa ini bahasa kita
Warga setia tercinta
Sanjungan budi dan kesayangan abadi
Menjulang peradaban dan tamadun bangsa.


Kuala Lumpur
23.10.2000























RUMAH KAYU DI TENGAH KOTA

Di tengah kota
Dihimpit pembangunan Jalan Chow Kit keras
Ketika melihat melintas mata melihat sekilas
Sebuah rumah kayu di antara dua bangunan batu berderet
Masih bernafas tradisi
Mewarisi asal-usul semangat Tuah dan Jebat di tanah kelahiran
Bunga-bungaan berdaun hijau bunganya berwarna-warni
Kata orang kata akhbar penghuninya seorang perempuan Melayu separuh abad
Pernahkah terfikir menjualnya
Kerana harganya pasti mencecah jutaan ringgit
Lalu bergelar jutawan sekelip mata.

Tetapi aku masih percaya
Pewarisnya tidak tergamak menjual harga bangsanya
Walaupun tawarannya lumayan berjuta
Kusanjung semangat kental kalian
Mempertahankan hak mutlak di negara berdaulat ini
Siapa tahu cucuku nanti bakal menjejakkan kaki
Dengan izin pewarisnya
Untuk betrtanyakan khabar
Di bawah takbir raya akhir abad ke-21
Masihkah bangsaku di sini.

Kuala Lumpur
September 2001